She is just an average girl, reaching 30 soon and have a wonderful life on her own. Ara is feeling blessed with her career and her life at this moment. Walaupun masih belum ada pasangan hidup, dia rasa selesa dan bersyukur. Namun kata-kata ibunya dari panggilan telefon petang tadi masih terngiang-ngiang di telinga.
"Apa lagi yang Ara nak tunggu? Ara tak muda lagi tau. Takkan la sampai ibu pejam mata selamanya ibu tak dapat tengok Ara berumahtangga?"
Cliche, yes. Semua mak ayah nak tengok anak-anak hidup bahagia dan senang. Cara hidup normal zaman sekarang adalah seseorang itu perlu berkahwin, mempunyai anak dan bekerjaya barulah dia dianggap berjaya dan lengkap. Tapi Ara tak rasa dia memerlukan semua itu. Bagi Ara hidupnya dah cukup lengkap dan sempurna.
Sebagai seorang yang introvert, Ara mampu melakukan apa sahaja bersendirian. Makan bersendirian di kedai atau restoran, membeli belah, tengok wayang mahu pun bermain bowling. Ara akui dia memang tak mempunyai ramai kawan perempuan apatah lagi yang berlainan jantina. Inikan pula ibunya memujuk supaya dia segera melangsungkan perkahwinan. Mana nak di cari bakal pengantin lelakinya?
Sekali lagi Ara berjaya memujuk ibunya dengan alasan yang agak lapuk.
"Sabarlah ibu, Ara sedang cuba mengenali hati budi seseorang ni. Sampai masa nanti Ara kenalkan dia dengan ibu ya"
Dan sekali lagi juga ibunya mengalah. Puas sudah dipujuk hati anak dara kesayangannya itu namun kerasnya bagai bongkah batu yang besar.
Hujung minggu ini Ara berjanji akan pulang menemui ibu dan ayahnya. Dalam fikirannya ligat memikirkan hadiah yang nak dibelikan buat pengubat hati ibunya. Pulang dari kerja nanti dia akan ke Ayer@8 di Putrajaya untuk ke butik Bokitta. Di sana ada banyak pilihan corak dan warna, agak mudah untuk dia memilih sehelai dua buat ibu.
"Boraque Collection tu cantik-cantik designnya. Nak ambil sepasang dengan ibu lah nanti, boleh pakai sama-sama bila outing" getus hati Ara sambil tersenyum gembira.
"Hai Ara, tersenyum-senyum depan lappy tu kenapa? Ada gambar boyfriend ke?"
Fika, rakan meja sebelah Ara di pejabat menegur. Pelik dia melihat Ara tersenyum sendirian begitu. Jarang-jarang nampak muka Ara ni ada ekspresi sebab biasanya Ara kelihatan serius ketika bekerja.
"Bukan boyfriend lah.. Ibu aku call tadi. Dia cakap dia nak masakkan chilly crab kesukaan aku bila aku balik hujung minggu ni. Sebab tu aku happy"
"Wahh..untungnya ada ibu macam kau. Tak sabar lah tu"
"Dah tentulah! Jangan cemburu okey.."
Ara kembali mengetuk keyboard di hadapannya. Dia mahu menyelesaikan tugasan dengan segera agar dia tak perlu bekerja lebih masa hari ini. Dia sudah ada rancangan petang ini.
-----------------
Jam di tangan sudah menunjukkan waktu 5.30 petang. Ara menutup laptop, mengemas meja dan mengeluarkan kunci kereta dari tote bag Coach berwarna orennya. Pantas langkahnya di atur menuju ke lif dan segera di tekan butang lif ke bawah untuk ke basement parking.
"Ting!" pintu lif terbuka.
Ara masuk ke dalam lif bersama 3 orang rakan sepejabat dan menekan butang B2. Lif meluncur turun dengan perlahan. Kunci kereta digenggam kemas di tangan kanannya ketika pintu lif terbuka di tingkat B2. Ara meminta laluan dan berjalan laju menuju ke keretanya.
"Astaghfirullah..."
Mata Ara terbuka luas, tangannya menutup mulut yang sedikit ternganga dan dadanya berombak laju. Kakinya bagai terpaku di tempat dia terhenti kena menyaksikan sesuatu yang sangat tak di duga.
To be continue..